Monday, April 29, 2013

Vaksin untuk Rotavirus

Assalamualaikum..

untuk sahabat-sahabat maya saya yang dikasihi, untuk ibu bapa dan bakal ibu bapa..

harapan saya semoga kalian dapat membaca perkongsian saya ini dengan hati yang terbuka

Vaksin Rotateq dan Rotarix yang ditawarkan oleh klinik / hospital untuk mencegah kes rotavirus adalah tidak dibenarkan, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kerana vaksin tersebut menggunakan unsur babi dalam penghasilannya.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal

Rotavirus adalah virus (kuman) yang boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk, biasanya dengan demam dan muntah-muntah. Rotavirus adalah punca yang paling biasa menyebabkan Gastroenteritis teruk (muntah dan cirit-birit) di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Cara pencegahan Rotavirus
Kerapkan penyusuan bayi.
Memasak air sebelum diminum.
Mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas.
Memasak makanan dengan sempurna.
Membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan.
Memilih premis makanan yang bersih.

Cara rawatan
Kanak-kanak biasanya dirawat dengan menggantikan cecair badan yang hilang melalui produk minuman yang mengandungi air dengan gula dan garam mineral. Dalam kes-kes yang teruk, cecair badan digantikan dengan cecair khas (terapi rehidrasi oral) yang diberikan secara langsung melalui vena yang menggunakan saluran intravena di hospital.

Semoga ada manfaatnya..Wallahualam


Nina Ibu Hani Danial

No comments: