Assalamualaikum..
untuk sahabat-sahabat maya saya yang dikasihi, untuk ibu bapa dan bakal ibu bapa..
harapan saya semoga kalian dapat membaca perkongsian saya ini dengan hati yang terbuka
Vaksin Rotateq dan Rotarix yang ditawarkan oleh klinik / hospital untuk
mencegah kes rotavirus adalah tidak dibenarkan, menurut Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia, kerana vaksin tersebut menggunakan unsur babi dalam
penghasilannya.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal
Rotavirus adalah virus (kuman) yang boleh menyebabkan cirit-birit yang
teruk, biasanya dengan demam dan muntah-muntah. Rotavirus adalah punca
yang paling biasa menyebabkan Gastroenteritis teruk (muntah dan
cirit-birit) di kalangan bayi dan kanak-kanak.
Cara pencegahan Rotavirus
Kerapkan penyusuan bayi.
Memasak air sebelum diminum.
Mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum
dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta
selepas ke tandas.
Memasak makanan dengan sempurna.
Membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan.
Memilih premis makanan yang bersih.
Cara rawatan
Kanak-kanak biasanya dirawat dengan menggantikan cecair badan yang
hilang melalui produk minuman yang mengandungi air dengan gula dan garam
mineral. Dalam kes-kes yang teruk, cecair badan digantikan dengan
cecair khas (terapi rehidrasi oral) yang diberikan secara langsung
melalui vena yang menggunakan saluran intravena di hospital.
Semoga ada manfaatnya..Wallahualam
Nina Ibu Hani Danial